ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }

Sunday 29 September 2013

Refleksi GKB 1053

     Saya telah diberi tugasan kerja kursus GKB 1053 yang memerlukan saya membuat perbentangan tentang tajuk Sistem Pengurusan Maklumat dan membuat satu blog yang merangkumi aspek-aspek tertentu. Secara kasarnya, saya merasakan bahawa tugasan yang diberikan adalah rumit dan sukar untuk difahami. Saya juga berasa demikian kerana ini merupakan kali pertama saya harus menghasilkan kerja kursus setelah sampai di Institut Pendidikan Guru. Jadi, saya tidak mempunyai pengalaman untuk menghasilkan kerja kursus yang sempurna dan mengikut standard yang diingini. Namun, setelah merujuk kepada pensyarah, saya telah mendapat gambaran awal mengenai tugasan ini. Selepas diberi taklimat tugasan yang disampaikan oleh Encik Hamzah, saya mula merangka jalan kerja yang ingin dilakukan.

     Antara cabaran yang saya tempuhi semasa menjalankan kerja kursus ini adalah kesukaran untuk mencari maklumat berkaitan dengan tajuk yang telah diberikan. Saya dikehendaki untuk melaksanakan perbentangan tersebut secara berkumpulan. Saya tidak menghadapi masalah untuk bekerjasama dengan ahli kumpulan saya kerana kami telah mengagihkan tugas masing-masing dan melaksanakannya dengan sempurna. Bagi menghadapi masalah tersebut, saya dan ahli kumpulan saya mencari maklumat yang diperlukan bersama-sama. 

     Selain itu, saya turut menghadapi masalah untuk membuat blog kerana ini merupakan kali pertama saya membuat blog. Saya telah meminta bantuan rakan-rakan lain yang mempunyai pengalaman dalam membuat blog. Selain itu, pensyarah turut telah membantu dalam proses membuat blog mengikut kriteria yang dikehendaki. Selain itu, saya telah melayari laman sesawang untuk mencari maklumat tentang cara-cara untuk menghasilkan blog yang baik. 

     Seterusnya, saya telah mendapat banyak pengalaman baru dalam proses melaksanakan kerja kursus ini. Saya telah belajar untuk bekerjasama dengan rakan-rakan jika dikehendaki untuk bekerja secara berkumpulan. Sebelum ini, saya lebih selesa bekerja secara individu, namun setelah diberi peluang untuk bekerja dengan rakan, saya mendapati bahawa kerja berkumpulan adalah lebih baik dan menyeronokkan. 

     Saya juga dapat ilmu baru iaitu tentang cara membuat blog. Sebelum ini, saya langsung tidak mempunyai minat dalam bidang membuat blog. Namun setelah diberi kesempatan untuk belajar membuat blog, saya mendapati saya boleh menyebarkan banyak ilmu baru dan berguna melalui blog saya. Oleh itu, orang lain turut boleh belajar seiring dengan saya. Saya turut memperoleh pengetahuan baru tentang sistem pengurusan maklumat yang saya boleh manfaatkan pada masa hadapan. Saya tidak akan sia-siakan segala ilmu yang telah saya perolehi melalui kerja kursus ini. 
 

Saturday 14 September 2013

Top 10 Most..........

Kalau dh dilanda kebosanan, saya selalunya akan seach artikel-artikel yang bermula dengan 'top ten most......'
Kenapa ????
Entah la.. Mungkin sebab artikel macam tu sangat interesting bagi saya. Dan mungkin juga sebab saya penuh dengan curiosity ~
So, kali ini saya nak berkongsi dengan korang semua satu senarai yang menarik perhatian saya iaitu ....

10 TEMPAT PALING UNIK DI DUNIA

Ok, mari kita mula dari tempat yang ke-10.

10) Pamukkale, Turki
pamukkale-turkipamukkale-turkey-2

Pamukkale dalam bahasa Turki bermaksud istana kapas, dan juga dipanggil istana putih kerana persekitarannya yang keputihan disebabkan oleh kepekatan calcite yang tinggi di dalam air.


9) Sanqingshan, China



sanqingshan-chinasanqingshan-china-2


Tempat ini diselubungi kabus selama 200 hari setahun dan kabus ini menyumbang kepada persekitaran yang sangat menyamankan, bersama-sama dengan beribu-ribu anak sungai yang mengalir ke tasik-tasik, formasi batu granit yang menyerupai bentuk manusia dan haiwan dan pokok-pokok pain yang berbentuk unik. 


8) Vale Da Lua, Brazil



vale-da-lua-brazilvale-da-lua-brazil-2


Sungai tersebut pula telah membentuk gua, air terjun dan pembentukan batu yang pelik. Jika dilihat dari angkasa lepas, kawasan ini merupakan yang paling bercahaya di bumi. Wow, korang tak rasa teruja ke lepas tahu tentang tempat ni ?????? 


7) Socotra, Yaman


socotra-yaman-2

Socotra dianggap sebagai tempat mempunyai paling banyak kepelbagaian tumbuhan di tanah Arab dan disenaraikan sebagai tapak warisan dunia. Pelik kan pokok yang ada kt sini ????? Tapi yang pelik tu la unik sebenarnya. 

6) Laut Mati, Jordan

laut-mati-jordanlaut-mati-jordan-2

Disebabkan kemasinan dan kepadatan yang sangat tinggi, ianya digelar Laut Mati dan airnya lebih masin berbanding air laut. Ianya juga terkenal dengan sifatnya yang boleh mengapungkan manusia di atas permukaan air. Hidupan air seperti ikan juga tidak mampu untuk hidup di sini. Seronok kan kalau dapat pergi sini. Nak pergi !!! ><

5) Great Blue Hole, Belize

great-blue-hole-belizegreat-blue-hole-belize-2


Lubang dalam yang digelar sebagai Blue Hole ini boleh didapati di perairan Bahamas dan Belize. Penyelam telah melaporkan menjumpai sejumlah besar makhluk akuatik yang masih baru kepada sains. Saya speechless tengok gambar ni. Memang ternyata cantik sangat !!!!!!


4) Chocolate Hills, Bohol, Filipina
Chocolate-Hills-Bohol-FilipinaChocolate-Hills-Bohol-Filipina-2

Semasa musim panas, bukit batu kapur yang dilitupi rumput ini akan mengering dan bertukar warna menjadi perang, mengubah kawasan ini menjadi barisan bukit yang kelihatan seperti coklat. Direkodkan bahawa tiada pembentukan semulajadi yang seumpamanya di dunia. Bagi yang suke makan coklat tu lap sikit air liur korang ye. XD


3) Rio Tinto, Sepanyol

Rio-Tinto-SepanyolRio-Tinto-Sepanyol-2
Rio Tinto bermaksud sungai merah dan ini bertepatan dengan keadaan sungai ini yang berwarna merah disebabkan tahap besi yang tinggi. Sungai ini dilombong untuk tembaga, emas dan perak sejak dari zaman kuno dan berterusan sehingga hari ini. Ianya juga mempunyai lombong tertua di dunia, yang dipercayai peninggalan Nabi Sulaiman. Disebabkan aktiviti perlombongan, sungai ini mempunyai kadar asid yang tinggi dan menjadi habitat kepada organisma yang hanya hidup dalam keadaan ekstrem. Unik tp seram la tengok warna sungai ni merah. >0<

2) Fly Geyser Reno, Nevada

Fly-Geyser-Reno-NevadaFly-Geyser-Reno-Nevada-2
Pancutan air panas ini terhasil secara tidak sengaja daripada penggerudian mencari telaga air, walaupun ianya tidak terbentuk sehinggalah tahun 1960. Teres tersebut mempunyai warna berlainan disebabkan mineral yang terdapat di situ. Cantik kan gambar yang belah kanan tu ?????

1) Cano Cristales, Colombia
Cano-Cristales-ColombiaCano-Cristales-Colombia-2

Dalam tempoh antara musim hujan dan musim kemarau yang berlaku antara September-November, sungai tersebut akan bertukar dengan dipenuhi warna. Alga di dalam sungai menghasilkan campuran warna merah, biru, hijau, hitam dan kuning. Sungai ini juga tidak mempunyai ikan kerana salurannya yang rumit dan bersimpang-siur. Sungai ini juga dipanggil The River of Five Colours, The Liquid Rainbow dan The River That Ran Away From Paradise. 


Jadi, apa pendapat korang tentang senarai di atas ??????
Setelah tengok betapa cantik dan indah tempat2 yang ada kt dunia nie, mesti kita teringin nak pergi dan tengok dengan mata sendiri tempat tu kan??? Semestinya ~
Tapi, nak buat mcm mane, tengok gambar pun jadi laaaa. 

Sampai sini je la post kali nie ye. ><
ENJOY ~


Tuesday 10 September 2013

Mari Kita Belajar ~



Assalamualaikum ~
 Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu yang saya sendiri baru belajar iaitu ................

SISTEM PENGURUSAN MAKLUMAT

Konsep sistem pengurusan pembelajaran (SPP) adalah seperti yang berikut :
  • Sistem yang boleh mengurus aktiviti & bahan pengajaran yang diperlukan
  • Kemudahan infrastruktur
  • Menyampai, menjejak & mengurus latihan
  • SPP mudah
  • SPP kompleks


Antara ciri-ciri Sistem Pengurusan Maklumat ialah :

1. Menurut American Society for Training & Development :
  •        Sistem yang boleh menyokong pelbagai prinsip pembelajaran
  •        Sistem yang dapat diintegrasikan dengan Sistem Maklumat Sumber Manusia
  •        Sistem yang berperanan mentadbir aktiviti pengajaran
2. Ciri utama :
  •                       Maklumat mata pelajaran
  •                 Nota kuliah & pautan kepada pelbagai sumber maklumat
  •                 Kemudahan komunikasi
  •     Kemudahan penilaian

Setiap sistem yang ada pasti akan ada kegunaannya. Sama juga dengan Sistem Pengurusan Maklumat. Jadi, mari kita teliti kegunaan sistem ini ~


  •        Memudahkan penyampaian atau penghantaran kursus secara talian
  •        Menyokong & mengatur kerja jabatan akademik, organisasi & projek lain
  •        Meningkatkan jumlah maklum balas
  •        Meningkatkan tahap komunikasi
  •        Mengadakan perbicangan kumpulan


Seterusnya pula, kepentingan sistem ini adalah :

  •          Pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja & pada bila masa sahaja
  •          Penggunaan kos secara efektif
  •          Boleh berbincang & berkongsi maklumat

Okay, itu sahaja yang ingin saya kongsikan kali ini. Topik ini mungkin kelihatan bosan . Betul tak ???? Tapi, semakin banyak ilmu yang kita dapat, semakin seronok kita mempelajari sesuatu yang baru.  ><