ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }

Sunday 29 September 2013

Refleksi GKB 1053

     Saya telah diberi tugasan kerja kursus GKB 1053 yang memerlukan saya membuat perbentangan tentang tajuk Sistem Pengurusan Maklumat dan membuat satu blog yang merangkumi aspek-aspek tertentu. Secara kasarnya, saya merasakan bahawa tugasan yang diberikan adalah rumit dan sukar untuk difahami. Saya juga berasa demikian kerana ini merupakan kali pertama saya harus menghasilkan kerja kursus setelah sampai di Institut Pendidikan Guru. Jadi, saya tidak mempunyai pengalaman untuk menghasilkan kerja kursus yang sempurna dan mengikut standard yang diingini. Namun, setelah merujuk kepada pensyarah, saya telah mendapat gambaran awal mengenai tugasan ini. Selepas diberi taklimat tugasan yang disampaikan oleh Encik Hamzah, saya mula merangka jalan kerja yang ingin dilakukan.

     Antara cabaran yang saya tempuhi semasa menjalankan kerja kursus ini adalah kesukaran untuk mencari maklumat berkaitan dengan tajuk yang telah diberikan. Saya dikehendaki untuk melaksanakan perbentangan tersebut secara berkumpulan. Saya tidak menghadapi masalah untuk bekerjasama dengan ahli kumpulan saya kerana kami telah mengagihkan tugas masing-masing dan melaksanakannya dengan sempurna. Bagi menghadapi masalah tersebut, saya dan ahli kumpulan saya mencari maklumat yang diperlukan bersama-sama. 

     Selain itu, saya turut menghadapi masalah untuk membuat blog kerana ini merupakan kali pertama saya membuat blog. Saya telah meminta bantuan rakan-rakan lain yang mempunyai pengalaman dalam membuat blog. Selain itu, pensyarah turut telah membantu dalam proses membuat blog mengikut kriteria yang dikehendaki. Selain itu, saya telah melayari laman sesawang untuk mencari maklumat tentang cara-cara untuk menghasilkan blog yang baik. 

     Seterusnya, saya telah mendapat banyak pengalaman baru dalam proses melaksanakan kerja kursus ini. Saya telah belajar untuk bekerjasama dengan rakan-rakan jika dikehendaki untuk bekerja secara berkumpulan. Sebelum ini, saya lebih selesa bekerja secara individu, namun setelah diberi peluang untuk bekerja dengan rakan, saya mendapati bahawa kerja berkumpulan adalah lebih baik dan menyeronokkan. 

     Saya juga dapat ilmu baru iaitu tentang cara membuat blog. Sebelum ini, saya langsung tidak mempunyai minat dalam bidang membuat blog. Namun setelah diberi kesempatan untuk belajar membuat blog, saya mendapati saya boleh menyebarkan banyak ilmu baru dan berguna melalui blog saya. Oleh itu, orang lain turut boleh belajar seiring dengan saya. Saya turut memperoleh pengetahuan baru tentang sistem pengurusan maklumat yang saya boleh manfaatkan pada masa hadapan. Saya tidak akan sia-siakan segala ilmu yang telah saya perolehi melalui kerja kursus ini. 
 

1 comment: